Wednesday, March 24, 2010

membaikpulih kerusi dan meja kayu



rupa meja kayu yang telah dibaiki di sebuah sekolah

Monday, March 22, 2010

ruang tamu berlantai kayu



Beginilah keadaan ruang tamu dan ruang makan yang dilapik menggunakan kayu merbau.. lantai dinaikkan setinggi 5 inci untuk menampakkan lagi ciri2 kedesaan.

membina konis rumah menggunakan kayu


ukiran lampu kayu.. menggunakan kayu merbau.. keras tapi cantik..

Konis kayu sebagai pembahagi antara ruang makan dan ruang tamu...

Tuan rumah meminta agar kipas moden digandingkan supaya imej tradisional tidak ditelan zaman..
Lampu dalam konis digunakan supaya cahaya suram yang hadir menaikkan suasana di waktu malam..


Gandingan pintu cermin merbau.. sangat sesuai dengan warna latar dinding menampakkan lagi pesonanya...



susah nak mencari rumah yang menggunakan konis kayu.. mungkin kerana harganya atau?....
Di buat di sebuah rumah di seri alam Pasir gudang johor. Dibuat pada tahun 2010.

Sunday, March 21, 2010

membina mimbar masjid politeknik johor bahru.. awal tahun 2010



Kalau dilihat dari sudut tepi, barulah nampak jelas layer atau 3 lapis puncak yang dibuat daripada beberapa jenis kayu..
Kerja-kerja mengemaskini sedang dilakukan..


15 tahun pengalaman di dalam kerja-kerja pertukangan kayu menyebabkan pembeli sangat berpuashati dengan hasil kerja yang ditunjukkan..



Hasil kerja ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan material yang digunakan.. memandangkan kami mendapatkan sumber kayu kayan yang digunakan terus daripada kilang pengeluar dan bukannya di kedai..

One size fits all rabbit costume


projek membina bumbung dan soyok


Projek separuh berjalan seperti yang dilihat...




Bumbung pentas ini dibina di sebuah sekolah di bandar seri alam johor bahru. Projek ini memakan masa hanya beberapa minggu sahaja. Banyak menggunakan kayu balau dan cengal.





Beberapa gambar soyok yang hasilkan. Dibina di Jalan lembah bandar Seri Alam Johor menggunakan kayu balau.

projek kabinet 2010










pelbagai jenis kabinet yang telah dihasilkan. Samada daripada kayu nyatoh penuh atau pun plywood berlaminated

projek membuat loteng






Projek ini dibuat di sebuah rumah di Taman Mawar pasir gudang. Rumah ini asalnya hanya adalah rumah 2 tingkat. namun tuan rumah ingin menambah ruang sepaya menhadi tempat belajar anak-anaknya. Maka datanglah idea membina loteng ini dengan keluasan 8 kaki X 8 kaki.

projek membina kolam kedua







Ko;am kedua ini dibina di sebuah sekolah dengan budget yang agak rendah. Namun dengan adanya ke,ahiran dan idea yang dikongsi bersama, projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

kolam 6 kaki X 4 kaki bersama hiasan di kawasan laman






 

. This Blog is Designed by pakatan gemilang for pgwoodwork blog Bloggerized by Halim © 2010