salam..
sudah lama rasanya saya tidak buka blog ini... herm.. banyak sangat kerja nak dibuat..
lagipun.. macam susah pulak nak dok depan kom nie jerk ngan meneliti satu-satu benda yang perlu diletakkan dalam blog nie.
walau apa pun. terima kasih atas segala kerjasama yang anda semua berikan selama ini..
Saya akan teruskan legasi blog ini walaupun masih merangkak-rangkak..
banyak lagi gambar-gambar projek yang belum sempat dimuatkan ke dalam blog ini...
maaf je lah sebab gambar-gambar yang diambil tak baper nak clear.. maklumler.. amik guna handphone murah jerk..
lagipun.. saya nie bukannya profesional photographer..
terimakasih juga kepada semua customers yang menilai hasil mutu kerja syarikat ini.. dan yang masih terus menyokong ... teruskan menyokong... pakatan gemilang....
Sunday, September 19, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Monday, March 22, 2010
ruang tamu berlantai kayu
Beginilah keadaan ruang tamu dan ruang makan yang dilapik menggunakan kayu merbau.. lantai dinaikkan setinggi 5 inci untuk menampakkan lagi ciri2 kedesaan.
membina konis rumah menggunakan kayu
Tuan rumah meminta agar kipas moden digandingkan supaya imej tradisional tidak ditelan zaman..
Lampu dalam konis digunakan supaya cahaya suram yang hadir menaikkan suasana di waktu malam..
Lampu dalam konis digunakan supaya cahaya suram yang hadir menaikkan suasana di waktu malam..
Gandingan pintu cermin merbau.. sangat sesuai dengan warna latar dinding menampakkan lagi pesonanya...
susah nak mencari rumah yang menggunakan konis kayu.. mungkin kerana harganya atau?....
Di buat di sebuah rumah di seri alam Pasir gudang johor. Dibuat pada tahun 2010.
Sunday, March 21, 2010
membina mimbar masjid politeknik johor bahru.. awal tahun 2010
Kalau dilihat dari sudut tepi, barulah nampak jelas layer atau 3 lapis puncak yang dibuat daripada beberapa jenis kayu..
15 tahun pengalaman di dalam kerja-kerja pertukangan kayu menyebabkan pembeli sangat berpuashati dengan hasil kerja yang ditunjukkan..
projek membina bumbung dan soyok
Bumbung pentas ini dibina di sebuah sekolah di bandar seri alam johor bahru. Projek ini memakan masa hanya beberapa minggu sahaja. Banyak menggunakan kayu balau dan cengal.
Beberapa gambar soyok yang hasilkan. Dibina di Jalan lembah bandar Seri Alam Johor menggunakan kayu balau.
projek kabinet 2010
pelbagai jenis kabinet yang telah dihasilkan. Samada daripada kayu nyatoh penuh atau pun plywood berlaminated
projek membuat loteng
Projek ini dibuat di sebuah rumah di Taman Mawar pasir gudang. Rumah ini asalnya hanya adalah rumah 2 tingkat. namun tuan rumah ingin menambah ruang sepaya menhadi tempat belajar anak-anaknya. Maka datanglah idea membina loteng ini dengan keluasan 8 kaki X 8 kaki.
projek membina kolam kedua
Ko;am kedua ini dibina di sebuah sekolah dengan budget yang agak rendah. Namun dengan adanya ke,ahiran dan idea yang dikongsi bersama, projek ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)